kalau tanya mira, sebenarnya nk teruskan kehidupan sangat susah. hari demi hari mira cuba utk bangkitkan & sentiasa positivekn diri. mira boleh bangun balik mira! boleh teruskan hidup! setiap hari cuba utk tersenyum & kuatkn hati untuk berdiri balik. Alhamdulillah dengan rezeki yang datang, mira percaya pasti ada pelangi selepas hujan. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. korang kena percaya 1 benda, Kekecewaan sebenarnya mengajar kita erti kehidupan. Jadi teruskanlah perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup.